Isnin, 26 Disember 2011

weekend

Penat berjalan! tula yg berlaku pada aku smlm.. mana x nya, aku berjalan dr 12 tghari sampai 10 malam. sakit2 kaki di buatnya. sampai tido pun kaki kejang2.. perut dala makin membesar tp aku still g berjalan sana sini. 

Mula2 keluar je rumah en.suami ajak aku ke Dataran Ayer Keroh, Melaka. ada kelab2 k-car kat sana kata nya. aku pun ikut jela kan. menemani suami adalah satu tanggungjawab okay. hihii.. dalam perjalan en.suami dpt call dr kwn dia. dia suruh kami ke taman bersebelahan dengan jusco melaka (x ingat nm taman tu). kat sana kawan2 lain dah berkumpul nak gerak sama2. so, kami terus ke sana la. nak di jadikan cerita, dekat 40 minit jgkla kami menunggu sbb nya ada sorang g yang x dtg. perhhhhh penat menunggu kemain g. th g sendiri g senang kan... tp Alhamdulillah la. sampai je kat sana, park untuk en.suami dan kawan2 nya da tersedia. senang nya hati ni. x payah ssh2 nak cari park g. g pun semalam mmg jem giler kat mlk. kami lepak2 kat situ lebih kurang 2 jam. aku da x larat nak jalan. dahla panas smlm. dengan org ramai g. sesak aku di buatnya.. b4 nak gerak blk, tb2 hpn aku bunyi. aku dpt panggilan dr mak aku. mak tanya kat aku nak ke mahkota parade x? abah ko nak bg something kat ko semperna anniversary ko & adai. aku dengan pantas menjawab. 'baiklah'. hahaa.. comeh je aku ni.. yela ada benda abah nak bg. mestila x sabar nak th kan.. aku terus je bgth en.suami dan kami bergerak la ke mahkota parade.

Nak ke sana bukannya jauh pun tp di sbbkan jalan jem dekat 1 jam la jgk aku sampai. nak parking dahla ssh. nsb baik lah en.suami park kat hospital mahkota. senang sikit katanya. walaupun park kat situ mahal, kami x kisah janji sng bila da dpt park kan. kalau x, letih jgkla nak pusing2 cari parking. bila masuk je dalam mall, aku terus call mak bgth da sampai. mak ckp jap g sampai la. aku dr menunggu g baik ajak en.suami mkn aiskrim. g pun dah lama x pekena baskin robbin. time2 sdp2 makan teringat blk kat mak. aku pun terus la call mak. mak ckp jap g je sampai. mak ckp kejap tp dekat 1 jam aku tunggu. makaiii kemain letihla jgk menunggu. tp x pela aku sabar je tunggu. g pun aku x sabar nak th apa abah nak bg kat aku. hihii.. gelojoh je.. bila mak sampai je, kami terus jalan2 dl. aku nak tanya segan la plk.. x pela aku tunggu je apa abah nak bg. tb2 masa jln abah tanya. ina nak apa? ambik je abah bayar. dalam kepala otak ni x de pikir apa2 la sbb x de rancangan nak beli something masa tu. aku terus ckp x de pape nak beli pun. sume barang ada. g pun nak bersalin da. x kan nak beli baju kan. baik beli benda2 yg berfaedah.. x pun simpan je duit tu. x payah membazir. abah pun diam je sbb aku x nak pape. jalan punya jalan perut da lapar. akk aku ajak makan pizza hut. abah ckp okay la.jommm.. bila time makan tu, tiba2 mak hulur 1 sampul kat aku. aku mula2 segan nak ambik tp mak ckp ambik jela. ni abah bg. aku terus capai dan bukak. terkejut jgkla. tgk2 kat dalam sampul tu ada duit rm 500 cash. wahhh banyak tu. aku dgn sukanya terus ckp thanks abah, mak. hihii.. x sangka aku dpt duit dr abah. baik btl hati mak & abah aku kan.. SAYANG SGT2 kat mereka :) murah rezeki kami.. syukur alhamdulillah..


mood: happy sgt2.. tersenyum sendirian.. :)

Sabtu, 24 Disember 2011

our 1st anniversary

Alhamdulillah.. esok genaplah setahun usia perhakwinan aku bersama en.suami tercinta. Terasa kejap je masa berlalu. rasanya macam semalam je kami di nikahkan. hihii.. 
Aku bersyukur sangat2 sbb mempunyai seorang suami yg penyayang, mengambil berat & bertanggungjawab..
Semoga hubungan ini terus kekal hingga ke akhir hayat & penuh dengan kasih sayang yang berkekalan.. 
Aminnn...

Mengimbas kembali saat2 manis aku & si dia (:

 cincin pernikahan.. lambang cinta kami

after nikah. muka ada senyum (:
 
malam berinai

 persandingan

 
to sayangku.. 
Thanks 4 loving me sayang.. I love you so much ! mwahhhhh!! (:




Rabu, 21 Disember 2011

Checklist barang keperluan ke hospital

Barang-barang baby:

*   Baju/seluar panjang baby
*   Barut baby
*   Sarung tangan/setokin baby
*   Topi Baby/Penutup kepala
*   Tuala mandi baby
*   Pampers
*   Lampin 
*   Blanket 
*   Minyak baby
*   Botol susu jika perlu
*   Tisu baby
*   Losen/Baby Oil/Shampoo 

 Barang-barang ibu:

*  I/C
*  Kad Kesihatan ibu mengandung
*  T-Shirt
*  Kain batik   
*  Baju sejuk
*  Stokin tebal
*  Tuala mandi
*  Tuala muka/tisu muka
*  Seluar dalam/seluar dalam pakai buang   
*  Nursing bra 
*  Nursing pad
*  Maternity pad
*  Selipar
*  Set mandian

note:  semua barang2 yang di senaraikan tu, dah pun aku masukkan ke dalam beg. senang nanti x payah kelam kabut kan.. :) 





Selasa, 20 Disember 2011

set bersalin

 
set bersalin - NR

Bengkung - Lessa Formula

Tungku Herba - Lessa Fomula

note: baru lepas beli barang2 tu.. (tp gambar tu di ambik dr google) senang hati sikit. semua keperluan aku & baby dah di sediakan. Alhamdulillah.. skrg tunggu masa je nak bersalin :p

jalan-jalan

Salam 1 Malaysia

Hari minggu yg lepas, aku bersama my family ke Karnival Gegaria Harian Metro 2011 yg berlangsung di Dataran 1 Malaysia, klebang Melaka. Ada mcm2 acara yg berlangsung. Bestla jgk aku berjalan2 smp kan naik lenguh kaki.. nsb baikla kami pergi x lama. lagipun ramai sgt org. aku lemas jdnya. yela skrg ni mak buyong da x berapa larat nak berjalan kan.. pape pun aku enjoy berjalan bersama family tersayang..


en.suami & mak buyong

bersama mak & kakak

 sempat je mak buyong ni on9.. :p

acara melukis cartoon di wajah kanak2..

abah & en.suami 
sempat lagi kami ber-3 menaiki kereta kuda :)
kakak & mak aku x berani nak naik. tkt katanya...


Ahad, 18 Disember 2011

maggi goreng special


nampak menarik x?? mcm sedap jekan.. 
tula maggi grg special yg di buat khas oleh en.suami utk menu tghari kami :)

tqvm papa dear.. mwaaahhhhh!!

Sabtu, 17 Disember 2011

samsung galaxy tab

 cantik x?? teringin x nak pakai?? nak la kan. sp yang x nak. btl x??

aku ni kalau nak beli x dela kan. g pun skrg da x boleh nak membazir g.
walaupun aku x dpt nak beli tp aku dptla jgk merasa menggunakan benda tu.
nak tahu sp nya yg aku gn?
mak aku okay.. 
ha jgn main2.. mak aku pun dah maju tau.
da ikut perkembangan zmn moden ni.
:)

note: pasni mak aku bolehla layari internet hari2.. :p


Rabu, 14 Disember 2011

comelkan??


suka tgk pic baby ni.. comel sgt!! hope anak mama mcm tu jgkla ya ;)
insyallah...


Ahad, 11 Disember 2011

34 minggu

salam semuanya :)

alhamdulillah kandungan da pun masuk minggu yang 34. syukur sangat2.. x sabar menanti si kecik mama ni nak keluar. t bila da jmp, mama nak pelukk, cium ank mama puas2... :)

aritu g scan, doc da mengesahkan jantina baby kat dalam ni. ternyata tekaan semua org tepat. saya akan mendapat seorang baby girl. ya Allah happy sgt2.. 


doa kan saya & baby selamat ya ;) 


tq

Ahad, 4 Disember 2011

wedding my best friend :)

04 Disember 2011 - majlis perkahwinan ila & suami
semoga ikatan perkahwinan ini di rahmati Allah & berbahagia hingga ke akhir hayat.. aminnn





Khamis, 1 Disember 2011

OMBAK RINDU



Sinopsis Filem Ombak Rindu

Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

 ....................................................

1 Disember 2011 tayangan ombak rindu. dengan x di sangka2 en.suami mengajak aku g tgk ombak rindu. wahhhh terkejut sungguh! mana x nya, aku x teringin pun nak tgk citer tu. tp da di ajak aku on jela kan.. x sangka aku citer tu best rupanya. dpt2 lakonan maya karin & aaron aziz mmg mantap. sesuaiiiii sgt gandingan mereka berdua. sama cantik & sama padan :p
to en.suami - tq papa dear coz bwk mama g menonton ombak rindu.. loooveeeeeee youuu la!!